Wednesday, 12 November 2014

MNPA ADVENTURE TEAM

      Kepada yang meminati aktiviti-aktiviti outdoor dan perkhemahan, terdapat sebuah konsultan yang menyedia perkhidmatan tersebut di Pulau Aman. Anda boleh layari sendiri website ini untuk keterangan lanjut mengenai aktiviti yang ditawarkan. Pasti memberikan kepuasan kepada para peserta yang menyertainya kerana dapat memperoleh pengalaman yang baru dalam hidup mereka.
      Untuk sebarang maklumat mengenai aktiviti yang ditawarkan sila klik:-http://mnpa-adventure-team.blogspot.com/


Konsultan yang menyerdiakan aktiviti - aktiviti tersebut.

Antara aktiviti yang ditawarkan.



Ikan Lumba-lumba di Pulau Aman

       Sesetengah pelancong yang bertandang ke Pulau Aman dikira bertuah jika semasa menaiki bot, berjumpa dengan sekumpulan ikan lumba-lumba yang melintasi lalu bot antara jeti Pulau Aman dan Jeti Batu Musang, Batu Kawan. Namun, jika ingin mencari ikan ini pelancong harus menyewa bot untuk mengelilingi Pulau Aman tetapi bergantung kepada keadaan cuaca serta waktu.
      Kerana kebiasaannya ikan lumba-lumba sering dijumpai di sebelah pagi dan waktu senja. Cuma, bernasib baik dapat lihat di waktu tengah hari semasa menaiki bot untuk ke Pulau Aman atau balik ke Jeti Batu Musang.
      Video ini dirakam sekumpulan pelancong yang menaiki bot mengililingi Pulau Aman. Penemuan dengan ikan lumba-lumba berhampiran jambatan kedua Pulau Pinang yang pada masa ini masih lagi dalam proses pembinaan.

Tuesday, 11 November 2014

Tarikan Utama di Pulau Aman

       Kebiasaannya, pada hujung minggu atau cuti umum seperti pulau atau tempat peranginan yang lain, Pulau Aman menjadi salah satu tempat percutian dan persinggahan untuk mereka yang gemarkan makanan laut. Restoran Terapung Pulau Aman menyajikan makanan laut yang segar terus dari laut yang menjadi tarikan kepada pengunjung. Harga sepingga Mee Udang (biasa) = RM6.00 sepinggan , Special = RM10.00 sepinggan. Makanan tambahan seperti Udang Lipan, Ketam boleh didapati di jeti pintu masuk ke restoran. Harga bergantung kepada kuantiti yang diinginkan.


Merupakan Tarikan Utama Di Pulau Aman.

Mee Udang yang menjadi target utama pelancong.


Antara makanan laut yang disediakan di Restoran Terapung, Pulau Aman.

Cara Nak Ke Pulau Aman

     Pulau Aman terletak di tengah antara Jambatan Pulau Pinang Pertama dan Jambatan Pulau Pinang Kedua. Kedudukannya berhampiran dengan Jeti Batu Musang, Batu Kawan. Ia juga dalam daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
     Bayaran untuk ke Pulau Aman menggunakan bot penumpang dikira untuk dua hala sekali iaitu pergi dan balik. Bayaran bagi penumpang dewasa seorang adalah RM6.00 manakala bagi kanak-kanak berumur 7-12 tahun dikira RM4.00 seorang.
     Perjalanan dengan menaiki bot penumpang di antara 4 hingga 5 minit. Bergantung kepada tekong bot sama ada melajukan bot atau perlahankan sahaja. Bot penumpang beroperasi mengikut jadual yang ditetapkan iaitu bermula dari pukul 8.00 pagi dari Pulau Aman dan berakhir pada pukul 7.00 pagi dari jeti Batu Musang, Batu Kawan. Bot penumpang berselang-seli antara jeti Pulau Aman dan Jeti Batu Musang selang 1 Jam untuk hari biasa. Pada hujung minggu atau cuti umum, perjalanan bot bergantung kepada jumlah penumpang. Jika penuh sebuah bot dengan penumpang maka bot jalan tidak mengikut jadual.
   
Jeti Nelayan Pulau Aman.
.
Jeti Batu Musang, Batu Kawan.

Bot penumpang untuk ke Pulau Aman.

Permandangan dari udara.